Pages

Tuesday, 23 July 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN T3

Salam sejahtera anak-anak pelajar

Di sini, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Iskandar Shah nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 . Semoga anda sentiasa bersemangat dan sudah bersedia untuk menghadapi Exam. Di sini, cikgu lampirkan tips-tips yang boleh anda gunakan sebelum, semasa dan selepas Peperiksaan.




SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH !"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
a. alfatihah =  3X
b. Takbir Allahuakbar = 7 kali
c. Selawat ke atas nabi = 3 kali

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

DI SEKOLAH
1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca
a. Alfatihah = 3X
b. Takbir = 7X
c. Doa penerang hati
d. Selawat ke atas nabi

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
a. Doa Penerang Hati
b. Doa supaya tidak lupa



3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.


Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Mutiara kata:-

Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.

Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 


Saturday, 20 July 2013

Amalan-Amalan Sunat Yang Di Lakukan Pada Bulan Ramadhan

1. Mengkhatamkan Al-Qur'an
2. Solat tarawih
3. Memperbanyak doa
4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
5. Bersedekah
6. I'tikaf
7. Umrah
8. Memperbanyak berbuat kebaikan

Selamat beramal.


Wednesday, 17 July 2013

TAHNIAH DI ATAS KECEMERLANGAN ANDA!!

UBK ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada 2 orang pelajar daripada tingkatan 3 dan tingkatan 5 di atas kejayaan ANDA memperoleh keputusan terbaik iaitu straight A bagi peperiksaan Pertengahan Tahun 2013. Semoga menjadi Penyuntik Semangat pelajar lain untuk berjaya dalam peperiksaan yang diceburi.

Tingkatan 3 :Nur Aqilah Shaik Alawdeen dr 3 Berlian 

Tingkatan 5: Haritarshini A/P G Selvaraj dr 5 Mutiara

Tuesday, 9 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




Assalamualaikum anak-anak pelajar...

Esok bermulanya puasa bagi yang beragama Islam. Justeru unit UBK nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita diberkati Allah dan tingkatkan amalan sebaik mungkin pada bulan Ramadhan ini supaya memperoleh keberkatan oleh-Nya.Jangan lupa untuk bersama-sama solat terawih.Setiap malam ada rahmatnya tersendiri. Pelajar non muslim juga digalakkan untuk berpuasa. berikut cikgu lampirkan doa berpuasa



Friday, 5 July 2013

PERMOHONAN MATRIKULASI 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian! Maklumat penting untuk semua pelajar SPM tahun 2013 SMK Iskandar Shah

Perhatian...
Anak pelajar daripada SMKIS yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, berikut cikgu lampirkan iklan permohonan matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 akan bermula pada 1 Julai sehingga 10 Oktober 2013.

Justeru:
tindakan pelajar adalah 
1. membeli nom pin matrikulasi di kaunter BSN berdekatan berharga RM6.00
2. sila lawati laman web http://www.moe.gov.my/
3. Baca panduan untuk mengisi maklumat diri secara online.
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Panduan_borang.cfm
4. Isi maklumat diri dalam
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm

Segala kesulitan boleh datang ke bilik kaunseling untuk maklumat lanjut.harap maklum

Thursday, 4 July 2013

PROGRAM UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1) Program Cadangan Kenali Potensi Diri Ting 3

            Tarikh : 5 Julai 2013
            Hari : Jumaat
            Masa : 2.45 hingga 5.00 petang
            Tempat : Dewan SMKIS  
            Sasaran: Pelajar Tingkatan 3 terpilih

2) Program Gemilang Diri Tingkatan 2
         
            Tarikh : 6 Julai 2013
            Hari : Sabtu
            Masa : 7.45 pagi hingga 12.15 tengahari
            Tempat : Dewan SMKIS  
            Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 2