Showing posts with label Bitara PMR. Show all posts
Showing posts with label Bitara PMR. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Restuilah kami wahai Guru-Guru

Anak-anak sekalian, kami halalkan semua ilmu yang telah  kami berikan kepada kamu semua. Selamat berjaya dalam peperiksaan PMR 2011.

Sunday, 25 September 2011

92% hadir Program Pecutan Akhir PMR 2011....Tahniah!!!!

Siapa setuju bahawa nak dapat 8A memang mudah?......."Kami setuju......"
U = UPSR, P=PMR, S=SPM/STPM&Sewaktu dengannya.., R =Rebutlah peluang untuk mencapai "Semua A" pada setiap peperiksaan yang bakal anda ambil....SMKIS BOLEH!!!!!

Tahniah kepada 92% peserta program "Pecutan Akhir PMR 2011" anda memang hebat!!!. Teruskan kehebatan anda semua agar "Semua A" benar-benar menjadi milik anda.

Takziah kepada 8% pelajar T3 yang tidak hadir, kongsikanlah apa yang telah anda perolehi dengan mereka ini agar sama-sama dapat mendaki ke puncak jaya. Mereka yang tidak hadir dan perlukan perhatian dan bantuan anda semua ialah:-

  1. Nur Afriena binti Nur Qamarul Ariffin - 3RK1
  2. Muhammad Fatihin bin Mohd Radhi - 3RK2
  3. Nur Ariffah binti Ariffin - 3RK2
  4. Muhamad Termizi bin Muhamad - 3RK3
  5. Siti Maryam binti Rosli - 3RK3
  6. Gan Elyn - 3KW1
  7. Aiqef Arifin - 3KW2
  8. Dharseni Arumugam - 3KW2
  9. Nurfitrah binti Zainal - 3KW2
  10. Suhashini - 3KW2
  11. Ahmad Syukrey  - 3KW3
  12. Viventhiran - 3KW3
  13. Azliyana binti Mohamed - 3KW3
  14. Noorazianah Suhadah - 3KW3
  15. Norfarah Hana binti Musa - 3KW3
  16. Nurazah binti Hassan -3KW3
  17. Siti Nurmaryam binti Razalan - 3KW3
Jumlah Kehadiran, Program Pecutan Akhir PMR pada 24 September 2011 di Dewan Seminar PPD Jasin, 8.00 pagi - 4.00 petang, mengikut Kelas ialah:-
3RK1 - 28/29
3RK2 - 27/29
3RK3 - 19/21
3RK4 - 22/22  TAHNIAH!!! KEHADIRAN 100%
3KW1 - 32/33
3KW2 - 30/34
3KW3 - 25/32

Saturday, 24 September 2011

Semoga Allah jua yang akan membalas keikhlasan anda semua!!!

9 hari lagi PMR 2011. Pecutan Akhir PMR 2011 telahpun dijalankan dengan jayanya. Kepada semua cikgu yang terlibat, terima kasih tidak terhingga, terutama Cikgu Asmah, Cikgu Norizan dan juga Cikgu Suhaili yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi dari pagi hingga ke petang. Terima kasih Cikgu, budi baik dan jasa cikgu, kami tak lupa dan amat-amat kami hargai..........terima kasih sekali lagi.


Sejak bila pulak cikgu-cikgu ni tukar profesion.....he he...Dari kiri, Cikgu Asmah, Cikgu Suhaili dan Cikgu Norizan memastikan sekitar PPD Jasin tidak ada lagi bekas-bekas makanan dan minuman yang bersepah, sempat pinjam kereta sorong......
Ketika semua putera puteri T3 khusuk mengikuti ceramah "Penyediaan Minda Saat Peperiksaan".....cikgu-cikgu bertungkus lumus di luar dewan memastikan kebersihan seperti sedia kala semula.....

  Sijil dan cenderamatan disampaikan oleh Pn Hamidah binti Jasmani, GPK Pentadbiran SMKIS kepada penceramah dari DIM, Ustaz Sulaiman Ismail.


eh nak bawak ke mana pulak kereta sorong tu....

Friday, 16 September 2011

PECUTAN AKHIR PMR 2011


Tarikh: 
24 September 2011 (Sabtu)
Masa: 
7.30 pagi - 4.00 petang
Tempat: 
Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
Sasaran: 
Semua Pelajar Tingkatan 3 SMKIS 
Anjuran:
Panitia Matematik & UBK SMKIS
Pengisian:
1. Sentuhan Akhir Matematik
2. Teknik Penyediaan Minda Saat Peperiksaan

Wahai putera puteri T3 SMKIS, semoga berjaya mencapai "Semua A" dalam PMR nanti.

Tuesday, 13 September 2011

Majlis Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar T3

PERJUMPAAN AKHIR BUDI

Perhatian kepada semua guru-guru yang terlibat dengan PROGRAM BUDI. Perjumpaan akhir akan dilaksanakan pada:
Tarikh: 15 September 2011
Hari: Khamis
Masa: 11.05a.m
Tempat: Dewan SMK Iskandar Shah
Agenda pertemuan boleh didownload di sini.
Bersama-sama kita membimbing anak-anak pelajar supaya kejayaan enjadi milik mereka.

Wednesday, 17 August 2011

Program ICC SMKIS ikut jadual kelas masing-masing

Cikgu-cikgu matapelajaran tingkatan tiga,

Sila muaturun borang ICC di SINI dan emailkan borang yang telah lengkap kepada Pn. Hamidah binti Jasmani, GPK Pentadbiran SMKIS di <meedsis@gmail.com>

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya.

Wednesday, 27 July 2011

Seminar Kecemerlangan PMR 2011

Pada 26 Julai 2011 telah dilaksanakan program Seminar Kecemerlangan PMR 2011, di Dewan Kuliah ILP, Selandar. Alhamdulillah program tersebut telah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal. Kehadiran pelajar T3 SMKIS sangat memuaskan.Hanya 4 orang pelajar tidak hadir disebabkan sakit. Pelajar-pelajar telah didedahkan mengenai teknik menjawab Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Diharap dengan pendedahan tersebut pelajar lebih berhati-hati dalam menjawab peperiksaan dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.




PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.