Showing posts with label Bitara SPM. Show all posts
Showing posts with label Bitara SPM. Show all posts

Monday, 17 October 2011

Program Bicara Bersama Pengetua

Tarikh: 21 Oktober 2011

Hari : Jumaat

Masa: 9.05 pagi - 11.20 pagi

Tempat: Dewan SMK Iskandar Shah

Sasaran: 
Semua pelajar T5 dan T6 Atas dan guru-guru mengikut waktu kelas tersebut serta guru-guru yang berkelapangan pada waktu tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila Klik Brosur

Saturday, 15 October 2011

Tahniah Putera Puteri T5 Sains Tulen SMKIS - Anda Berhak HEBAT!!!

Jasin. 15 Oktober  2011. Sabtu. 5 Alfa mendahului senarai tertinggi kehadiran program kecemerlangan pelajar SPM 2011 hari ini iaitu 96.3%, diikuti dengan 5 Gamma, 91.18% yang hadir. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan slot pertama pada sebelah pagi iaitu "Bengkel Cemerlang Fizik" yang telah disampaikan oleh Pn. Rahimah bt Abd Latif. Turut sama membantu ialah dua orang fasilitator iaitu En. Mohd Radhi dan Pn. Mardziah. Pukul 10.45 para peserta berehat 15 minit sambil menikmati kudapan yang disediakan iaitu, bihun goreng.

        Slot kedua ialah "Bengkel Cemerlang Kimia" disampaikan oleh Pn Rozilah Yunus bersama dengan tiga orang fasilitator iaitu Pn. Haslinah Abdul, En Abdul Jalil Mayaasin dan Pn Hamidah Jasmani. Tepat jam 1.45 petang para peserta dibenarkan berehat untuk makan tengahari dan solat zohor. Menu makan tengahari ini ialah nasi ayam.

        Slot terakhir hari ini ialah "Bengkel Cemerlang Matematik Tambahan" bersama cikgu Amirul dan juga 20 orang pelajar T5 dari SBPI Selandar. Program kolaborasi pelajar SBPI dan SMKIS berjalan dengan jayanya. Semua pelajar gembira dan seronok dapat mendengar serba sedikit perkongsian pengalaman cikgu Amirul bagaimana untuk cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan ini. Turut hadir sama untuk sesi Matematik Tambahan ini yang bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.15 petang  ialah Pn. Roidah Jamal, Cik Norhanani dan juga Pn. Ling.

Berikut adalah analisis penuh pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dari awal hingga akhir.

Tingkatan Jumlah Hadir Peratus
5 Alfa 27 26 96.30
5 Beta 26 19 73.08
5 Gamma 34 31 91.18
5 Omega 34 19 55.88
Jumlah 121 95 78.51

Seluruh warga SMKIS berasa amat simpati kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk mengikuti program ini. Semoga mereka semua diberi kemaafan oleh para guru yang mengajar mereka dan juga rakan-rakan sekelas mereka. Sama-samalah kita hulurkan bantuan ilmu kepada mereka agar dapat sama-sama beroleh kejayaan dalam peperiksaan SPM tahun ini. Berikut ini ialah senarai mereka yang memerlukan simpati dan bantuan ilmu :-

1 Mohd Zakirin bin Hamli 5 Alfa
2 Chang Yan Ting 5 Beta
3 Gwi Zi Chuen 5 Beta
4 Kanchana a/p Tanggaiya 5 Beta
5 Nur Fadilah bt Abd Razak 5 Beta
6 Oon Fui Peng 5 Beta
7 Siti Suhailah bt Mohd Sharif 5 Beta
8 Wong Suk Shen 5 Beta
9 Loh Pei Yee 5 Gamma
10 Siti Fadzliyana bt Ayob 5 Gamma
11 Yong Chiu Yean 5 Gamma
12 Abu Naim bin Abd Aziz 5 Omega
13 Ahmad Kabir bin Mohd Jasad 5 Omega
14 Ahmad Muzhaffar bin Jeffri 5 Omega
15 Aidil Azlan bin Rosmani 5 Omega
16 Musa bin Alias 5 Omega
17 Muzammil Shah bin Abd Razak 5 Omega
18 Mastura bte Abdul Aziz 5 Omega
19 Normastura binti Daud 5 Omega
20 Nur Athirah binti Shahrudin 5 Omega
21 Nur Diyana binti Din Arif 5 Omega
22 Nurul Wafa binti Mat Husin 5 Omega
23 Ranjeta a/p M. Rajendran 5 Omega
24 Siti Hajar binti Mohd Zaini 5 Omega
25 Tan Wan Ting 5 Omega
26 Thivashiny a/p Kanagasapai 5 Omega

Kepada seluruh Jawatankuasa Kerja iaitu En. Helmi bin Adlan, En Khairul Nazri bin Taha, Pn. Norlaila bt Nordin, Cik Nooradilah bt Abu, Cik Siti Norba'ayah bt Ayup, Pn. Noraneszah bt Abas, Cik Siti Fadhlina bt Abdullah dan Cik Suhaili bt Husin, yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih.

Wednesday, 12 October 2011

Bengkel Cemerlang ICT dan PA

Tarikh : 14 Oktober 2011
Masa : 8.20 - 11.05 pagi
Tempat : Bilik Kuliah 5 Gama, 5Omega/Makmal Komputer
Sasran: Pelajar Tingkatan 5 Gama dan Tiingkatan 5 Omega yang mengambil subjek ICT dan Prinsip Akaun.
Fasilitator Prinsip Akaun : Pn. Norlaila binti Nordin
Fasilitator ICT : En. Asrul bin Seman

Thursday, 6 October 2011

PECUTAN AKHIR SPM 2011 - Perubahan Tempat dan Masa Bengkel BIOLOGI

Untuk makluman semua guru dan pelajar Tingkatan 5 Sains Tulen yang terlibat,
Sedikit perubahan tempat dan masa untuk Bengkel Cemerlang Biologi pada 14 Oktober 2011:-
Masa 8.20 pagi - 11.05 pagi
Tempat: Bilik Tayang SMKIS

Bengkel Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan tidak berubah ia iatu 15 Oktober 2011 dari 7.30 pagi - 5.15 petang di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Bagi Bengkel Matematik Tambahan program kolaborasi bersama SBPI Selandar akan turut dilaksanakan.

Bersama, menuju ke puncak jaya.

Wednesday, 5 October 2011

Pelajar T5 Sains Tulen - Maklumkan pada ibubapa/penjaga anda

PECUTAN AKHIR SPM 2011

               AHLI  JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus
Naib Pengerusi : Pn. Hamidah binti Jasmani
Penyelaras : Pn. Hjh. Jamilah binti Ibrahim                                  
Setiausaha : Pn. Normah binti Abdullah
Bendahari : En. Helmi bin Adlan

Jawatankuasa Kerja:-
Pendaftaran 
: Pn. Normah binti Abdullah
: En. Helmi bin Adlan 
              Cenderamata/Sijil 
: Cik Siti Fadhlina binti Abdullah
: En. Helmi bin Adlan
Perakam 
: Pn. Normah binti Abdullah
Kawalan & Kecemasan   
: En. Khairul Nazri bin Taha
: Cik Noradilah binti Abu 
: Cik Siti Nurbaayha binti Ayub
Makanan & Minuman  
: Cik Hadijah binti Sebah 
: Pn. Norlaila binti Nordin
: Pn. Junaidah binti Sulong
: Pn. Noraneszah binti Abas
Fasilitator      
: Pn. Nazlin Ruziah binti Md Said
: Pn. Noraini binti Md Sayed
: En. Mohd Radhi bin Zaini
: Pn. Mardziah binti Mohd Dom
: Pn. Hamidah binti Jasmani
: Pn. Haslinah binti Abdul 
: En. Jalil bin Maayasin 
: Pn. Roidah binti Jamal
: Pn. Habsah binti Idris
: Pn. Ling Yuk Chii
: Cik Norhanani binti Ibrahim

TARIKH: 14 OKTOBER & 15 OKTOBER 2011
TEMPAT: DEWAN SEMINAR PPD JASIN
MASA: 7.30 pagi - 5.15 petang
SASARAN: T5 - Alfa, Beta, Gamma, Omega

TENTATIF PROGRAM 
14 Oktober 2011 (Jumaat)- 2.30 - 5.15 petang
Bengkel Cemerlang Biologi

15 Oktober 2011 (Sabtu) - 7.30 pagi - 5.15 petang
Bengkel Cemerlang Fizik
Bengkel Cemerlang Kimia
Bengkel Cemerlang Matematik Tambahan
Sila Lihat BROSUR

Saturday, 24 September 2011

Set Induksi yang ceria oleh GC Sejarah


Slot Sejarah ialah slot terakhir ketika Seminar Kecemerlangan SPM yang diadakan di Dewan Ilmiah MRSM TGB pada 13 Ogos yang lepas. En. Jamil memulakan slot sejarahnya dengan satu cerita agar para peserta seminar yang dah mula mengantuk  petang itu ceria dan bersemangat semula....bila semua dah ceria, barulah slot dimula. Macam best kan.....

Friday, 19 August 2011

Hari terakhir seminar, kehadiran 94.52%

En. Tamil Chelvam, penceramah "Cemerlang Sejarah"

Peserta seminar memberikan tumpuan sepenuhnya....

"Diharapkan kita dapat mencipta sejarah dengan semua pelajar SMKIS yang mengambil SPM tahun ini mendapat A+ dalam matapelajaran sejarah"

Di sini terciptanya sejarah....

Senang je rupanya nak skor sejarah ni......Insya Allah A+ memang boleh lah.....

Nampaknya semangat dan motivasi pelajar-pelajar T5 SMKIS semakin membara!!! Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang hadir seminar untuk hari terakhir semalam. Selama tiga hari berturut, program ini dijalankan dari jam 2.00 hingga 3.30 petang di bilik tayang SMKIS untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Gamaa.

Sekalong takziah kepada 4 orang yang tidak hadir semalam, iaitu:
  1. Mohd Zakirin bin Hamli - 5 Alfa
  2. Chang Yan Ting - 5 Beta
  3. Oon Fui Peng - 5 Beta
  4. Wong Suk Shen - 5 Beta
Seluruh warga SMKIS mendoakan kejayaan anda semua. Diharap semua calon SPM 2011 akan membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan percubaan pada pertengahan September nanti.

Seluruh jawatankuasa seminar mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua penceramah yang sudi meluangkan masa dan mencurahkan tenaga demi kejayaan anak-anak SMKIS yang tercinta. Allah jua yang akan membalas jasa baik tuan-tuan semua.


SMKIS pasti BOLEH!!!!

Thursday, 18 August 2011

92.15% hadir program Cemerlang Matematik, Tahniah!!!!!

Pelajar T5 Beta dan 5 Gamaa yang hadir

Penceramah "Cemerlang Matematik", En. Neo Kok Theong.

Insya Allah A+ kan jadi milik kami.....
Tahniah kepada pelajar 5 Beta dan 5 Gamma yang hadir program kecemerlangan SPM 2011 semalam. Turut hadir ialah beberapa orang pelajar dari 5 Amanah, Bestari dan MPV. Tahniah dan syabas!!!! Teruskan usaha anda hingga ke puncak jaya.

Takziah kepada tidak hadir iaitu:
  1. Azliza Abdol Aziz - 5 Beta
  2. Chang Yan Ting - 5 Beta
  3. Oon Fui Peng - 5 Beta
  4. Nurshafika Mohd Asyraf - 5 Gamma

Wednesday, 17 August 2011

91.78% hadir Ceramah Cemerlang Bahasa Inggeris

En Tan Beng Kion, penceramah "Cemerlang Bahasa Inggeris"

Tumpuan diberi, "A+" di cari.....
Tahniah kepada 67 orang pelajar 5 Alfa, 5 Beta & 5 Gamaa, yang hadir program Cemerlang Bahasa Inggeris semalam. Takziah kepada 6 orang yang tidak dapat hadir. Mereka yang tidak hadir ialah:-
  1. Mohd Zakirin Bin Hamli - 5 Alfa
  2. Muhammad Asyraf Bin Mohd Latif - 5 Alfa
  3. Chang Yan Ting - 5 Beta
  4. Oon Fui Peng - 5 Beta
  5. Nooratikah Binti Jailani - 5 Gamma
  6. Nurshafika Binti Mohd Asyraf - 5 Gamma
Rakan-rakan yang hadir harap dapat berkongsi dengan mereka demi kecemerlangan bersama.  Allah jua yang akan membalas kebaikan hati anda.

Bahasa Inggeris "A+" bukan mustahil!!!!

Saturday, 13 August 2011

Tahniah Putera Puteri T5 SMKIS - Anda memang HEBAT!!!

Ceramah Cemerlang Matematik disampaikan oleh En. Neo Kok Thiong.
Slot terakhir, "Cemerlang Sejarah" disampaikan oleh En. Tamil Chelvan

Meskipun penyaman udara dalam dewan gagal berfungsi, namun puteri-puteri SMKIS tetap gembira dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang seminar, Tahniah!!!

Bakal siswi-siswi IPT tahun 2012, Insya Allah.....Teruskan Usaha Anda!!!!


Sekalong tahniah diucapkan kepada semua 111 orang putera puteri T5 SMKIS yang telah berjaya mengikuti program Seminar Kecemerlangan SPM 2011 Kohort Pertama yang telah diadakan di Dewan Ilmiah MRSM Tun Ghafar Baba hari ini dari jam 7.30 pagi - 2.30 petang. Tahniah kepada putera puteri tingkatan 5 Omega yang mencatatkan kehadiran 100%. Anda memang hebat!!!! Mudah-mudahan kecemerlangan menjadi milik anda!!!

Terima kasih kepada semua AJK (Pn. Zakiah, En. Helmi, En. Yazid, En. Abd Jalil dan Pn. Vaijanthi) dan Penceramah (En. Sabar, En. Neo, En. Tan dan En Tamil)  yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan progam ini. Terima kasih juga kepada Pn. Hamidah (GPK Pentadbiran SMKIS), Pn Jamilah (GKMP Sains dan Matematik) dan Pn Norul Akmar (GKMP Bahasa) yang turut hadir memberikan sokongan moral pada semua pelajar yang hadir.

STRAIGHT "A" IMPIAN SEMUA,
MOGA IMPIAN KAN JADI KENYATAAN!!!!

Tuesday, 9 August 2011

Seminar Kecemerlangan SPM 2011 - Kohort 2

Seminar Kohort 2 untuk pelajar-pelajar T5 Alfa, Beta dan Gamma akan dijalankan berdasarkan ketetapan berikut:-


Tarikh : 16 Ogos 2011
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tempat: Bilik Tayang SMKIS
Tajuk : Cemerlang BAHASA INGGERIS
Penceramah : En. Tan Beng Kion
Sasaran : 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Gama

Tarikh : 17 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa 2.00 - 3.30 petang
Tempat: Bilik Tayang SMKIS 
Tajuk : Cemerlang MATEMATIK
Penceramah : En. Neo Kok Theong
Sasaran : 5 Beta dan 5 Gama

Tarikh : 18 Ogos 2011
Hari : Khamis
Masa ; 2.00 - 3.30 petang
Tempat: Bilik Tayang SMKIS 
Tajuk : Cemerlang SEJARAH
Penceramah : En. Tamil Chelvan
Sasaran : 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Gama

Putera-Puteri T5 SMKIS, 
Semoga Semua "A" Menjadi Milik Anda!!!
Anda Berhak HEBAT!!!! 

Friday, 5 August 2011

Seminar Kecemerlangan SPM 2011

Program "Seminar Kecemerlangan SPM 2011 SMKIS akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:-
Tarikh : 13 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Ilmiah MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 5 SMK Iskandar Shah (T5 Omega, Amanah, Bestari, MPV & pelajar asrama T5)
Input:
1. Ceramah Cemerlang Bahasa Melayu oleh En. Sabar bin Mohamad (Guru Cemerlang Bahasa Melayu)
2. Ceramah Cemerlang Bahasa Inggeris oleh En. Tan Beng Kion (Guru Cemerlang Bahasa Inggeris)
3. Ceramah Cemerlang Matematik oleh En. Neo Kok Theong (Guru Cemerlang Matematik)
4. Ceramah Cemerlang Sejarah oleh En. K. Tamil Chelvan (Guru Cemerlang Sejarah)

Semoga Kecemerlangan Sentiasa Menjadi Milik Kita.
Putera puteri T5 SMKIS!!! "A+ adalah hak ANDA"   

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.