Tuesday 21 January 2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan satu 2014 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar SMKIS.

Kami mengalu-alukan kedatangan semua pelajar ke SMKIS dan berharap semua pelajar bersemangat, bermotivasi dan sentiasa ceria melangkah ke alam persekolahan pada tahun 2014 ini.

Sebarang masalah bolehlah datang ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan untuk pertanyaan dan perbincangan masalah yang dihadapi.


Monday 30 September 2013

PERMOHONAN MRSM 2014 BAGI CALON PMR 2013

Salam Sejahtera,

Bagi pelajar yang berminat untuk permohonan MRSM 2013 boleh membuat permohonan
mulai 29 September 2013 sehingga 18 Oktober 2013 di laman web
http://www.mara.gov.my/syarat-kemasukan-ke-mrsm. Sila baca panduan sebelum mengisi borang.
Sagala pertanyaan boleh datang sendiri ke unit Kaunseling SMK Iskandar Shah.

Permohonan Kolej Vokasianal (KV) dan Sekolah Teknik (SMT) 2013

Assalammualaikum anak-anak pelajar. Khusus kepada pelajar PMR, permohonan ke Sek Men Teknik dan Kolej Vokasional telah dibuka. Maka, permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara: Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 25 DISEMBER 2013

Monday 2 September 2013

PERMOHONAN SBP BAGI CALON PMR 2013 BAGI TAHUN 2014

PERHATIAN!!!!!

Permohonan SBP tahun 2014 telah dibuka dari 1 September sehingga 15 Oktober 2013. Sehubungan itu, semua pelajar boleh melayarihttp://www.moe.gov.my/ untuk panduan dan permohonan. Kepada pelajar tingkatan 3 yang berminat, boleh mengisi borang di http://public.moe.gov.my/ .Jangan Lepaskan Peluang!!

Tuesday 20 August 2013

Permohonan Maktab Tentera Diraja 2014/2015 bagi calon PMR 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Permohonan kemasukan Putera Baru ke Maktab Tentera Diraja (MTD) tingkatan 4 2014 untuk pelajar lelaki yang mengambil PMR 2013 telah dibuka.
Anakanak pelajar boleh melayari website http://www.rmc.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah datang ke Bilik Kaunseling untuk penjelasan lanjut. Harap Maklum...

Thursday 1 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Di kesempatan ini, Unit Bimbingan & Kaunseling SMKIS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua warga SMKIS dan semua muslimin dan muslimat yang akan menyambutnya pada minggu hadapan. Di sini, UBK mendoakan seloga semua selamat dalam perjalanan pulang dan kepada pelajar yang akan menduduki Peperiksaan tahun ini, jangan lupa untuk terus mengulangkaji pelajaran supaya anda sentiasa tidak lupa. Sekian, Salam Ramadhan.

Tuesday 23 July 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN T3

Salam sejahtera anak-anak pelajar

Di sini, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Iskandar Shah nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 . Semoga anda sentiasa bersemangat dan sudah bersedia untuk menghadapi Exam. Di sini, cikgu lampirkan tips-tips yang boleh anda gunakan sebelum, semasa dan selepas Peperiksaan.




SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH !"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
a. alfatihah =  3X
b. Takbir Allahuakbar = 7 kali
c. Selawat ke atas nabi = 3 kali

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

DI SEKOLAH
1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca
a. Alfatihah = 3X
b. Takbir = 7X
c. Doa penerang hati
d. Selawat ke atas nabi

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
a. Doa Penerang Hati
b. Doa supaya tidak lupa



3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.


Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Mutiara kata:-

Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.

Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 


PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.