Di sini, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Iskandar Shah nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 . Semoga anda sentiasa bersemangat dan sudah bersedia untuk menghadapi Exam. Di sini, cikgu lampirkan tips-tips yang boleh anda gunakan sebelum, semasa dan selepas Peperiksaan.
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH !"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
a. alfatihah = 3X
b. Takbir Allahuakbar = 7 kali
c. Selawat ke atas nabi = 3 kali
7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.
DI SEKOLAH
1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca
a. Alfatihah = 3X
b. Takbir = 7X
c. Doa penerang hati
d. Selawat ke atas nabi
DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
a. Doa Penerang Hati
b. Doa supaya tidak lupa
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.
SELEPAS PEPERIKSAAN
Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.
Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.
Mutiara kata:-
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.
No comments:
Post a Comment