Friday 19 August 2011

Hari terakhir seminar, kehadiran 94.52%

En. Tamil Chelvam, penceramah "Cemerlang Sejarah"

Peserta seminar memberikan tumpuan sepenuhnya....

"Diharapkan kita dapat mencipta sejarah dengan semua pelajar SMKIS yang mengambil SPM tahun ini mendapat A+ dalam matapelajaran sejarah"

Di sini terciptanya sejarah....

Senang je rupanya nak skor sejarah ni......Insya Allah A+ memang boleh lah.....

Nampaknya semangat dan motivasi pelajar-pelajar T5 SMKIS semakin membara!!! Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang hadir seminar untuk hari terakhir semalam. Selama tiga hari berturut, program ini dijalankan dari jam 2.00 hingga 3.30 petang di bilik tayang SMKIS untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 Alfa, 5 Beta dan 5 Gamaa.

Sekalong takziah kepada 4 orang yang tidak hadir semalam, iaitu:
  1. Mohd Zakirin bin Hamli - 5 Alfa
  2. Chang Yan Ting - 5 Beta
  3. Oon Fui Peng - 5 Beta
  4. Wong Suk Shen - 5 Beta
Seluruh warga SMKIS mendoakan kejayaan anda semua. Diharap semua calon SPM 2011 akan membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan percubaan pada pertengahan September nanti.

Seluruh jawatankuasa seminar mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua penceramah yang sudi meluangkan masa dan mencurahkan tenaga demi kejayaan anak-anak SMKIS yang tercinta. Allah jua yang akan membalas jasa baik tuan-tuan semua.


SMKIS pasti BOLEH!!!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.