Saturday 13 August 2011

Tahniah Putera Puteri T5 SMKIS - Anda memang HEBAT!!!

Ceramah Cemerlang Matematik disampaikan oleh En. Neo Kok Thiong.
Slot terakhir, "Cemerlang Sejarah" disampaikan oleh En. Tamil Chelvan

Meskipun penyaman udara dalam dewan gagal berfungsi, namun puteri-puteri SMKIS tetap gembira dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang seminar, Tahniah!!!

Bakal siswi-siswi IPT tahun 2012, Insya Allah.....Teruskan Usaha Anda!!!!


Sekalong tahniah diucapkan kepada semua 111 orang putera puteri T5 SMKIS yang telah berjaya mengikuti program Seminar Kecemerlangan SPM 2011 Kohort Pertama yang telah diadakan di Dewan Ilmiah MRSM Tun Ghafar Baba hari ini dari jam 7.30 pagi - 2.30 petang. Tahniah kepada putera puteri tingkatan 5 Omega yang mencatatkan kehadiran 100%. Anda memang hebat!!!! Mudah-mudahan kecemerlangan menjadi milik anda!!!

Terima kasih kepada semua AJK (Pn. Zakiah, En. Helmi, En. Yazid, En. Abd Jalil dan Pn. Vaijanthi) dan Penceramah (En. Sabar, En. Neo, En. Tan dan En Tamil)  yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan progam ini. Terima kasih juga kepada Pn. Hamidah (GPK Pentadbiran SMKIS), Pn Jamilah (GKMP Sains dan Matematik) dan Pn Norul Akmar (GKMP Bahasa) yang turut hadir memberikan sokongan moral pada semua pelajar yang hadir.

STRAIGHT "A" IMPIAN SEMUA,
MOGA IMPIAN KAN JADI KENYATAAN!!!!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.