Saturday, 24 September 2011

Semoga Allah jua yang akan membalas keikhlasan anda semua!!!

9 hari lagi PMR 2011. Pecutan Akhir PMR 2011 telahpun dijalankan dengan jayanya. Kepada semua cikgu yang terlibat, terima kasih tidak terhingga, terutama Cikgu Asmah, Cikgu Norizan dan juga Cikgu Suhaili yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi dari pagi hingga ke petang. Terima kasih Cikgu, budi baik dan jasa cikgu, kami tak lupa dan amat-amat kami hargai..........terima kasih sekali lagi.


Sejak bila pulak cikgu-cikgu ni tukar profesion.....he he...Dari kiri, Cikgu Asmah, Cikgu Suhaili dan Cikgu Norizan memastikan sekitar PPD Jasin tidak ada lagi bekas-bekas makanan dan minuman yang bersepah, sempat pinjam kereta sorong......
Ketika semua putera puteri T3 khusuk mengikuti ceramah "Penyediaan Minda Saat Peperiksaan".....cikgu-cikgu bertungkus lumus di luar dewan memastikan kebersihan seperti sedia kala semula.....

  Sijil dan cenderamatan disampaikan oleh Pn Hamidah binti Jasmani, GPK Pentadbiran SMKIS kepada penceramah dari DIM, Ustaz Sulaiman Ismail.


eh nak bawak ke mana pulak kereta sorong tu....

1 comment:

  1. kenangan terindah di PPD Jasin..

    ReplyDelete

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.