Saturday 15 October 2011

Tahniah Putera Puteri T5 Sains Tulen SMKIS - Anda Berhak HEBAT!!!

Jasin. 15 Oktober  2011. Sabtu. 5 Alfa mendahului senarai tertinggi kehadiran program kecemerlangan pelajar SPM 2011 hari ini iaitu 96.3%, diikuti dengan 5 Gamma, 91.18% yang hadir. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan slot pertama pada sebelah pagi iaitu "Bengkel Cemerlang Fizik" yang telah disampaikan oleh Pn. Rahimah bt Abd Latif. Turut sama membantu ialah dua orang fasilitator iaitu En. Mohd Radhi dan Pn. Mardziah. Pukul 10.45 para peserta berehat 15 minit sambil menikmati kudapan yang disediakan iaitu, bihun goreng.

        Slot kedua ialah "Bengkel Cemerlang Kimia" disampaikan oleh Pn Rozilah Yunus bersama dengan tiga orang fasilitator iaitu Pn. Haslinah Abdul, En Abdul Jalil Mayaasin dan Pn Hamidah Jasmani. Tepat jam 1.45 petang para peserta dibenarkan berehat untuk makan tengahari dan solat zohor. Menu makan tengahari ini ialah nasi ayam.

        Slot terakhir hari ini ialah "Bengkel Cemerlang Matematik Tambahan" bersama cikgu Amirul dan juga 20 orang pelajar T5 dari SBPI Selandar. Program kolaborasi pelajar SBPI dan SMKIS berjalan dengan jayanya. Semua pelajar gembira dan seronok dapat mendengar serba sedikit perkongsian pengalaman cikgu Amirul bagaimana untuk cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan ini. Turut hadir sama untuk sesi Matematik Tambahan ini yang bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.15 petang  ialah Pn. Roidah Jamal, Cik Norhanani dan juga Pn. Ling.

Berikut adalah analisis penuh pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dari awal hingga akhir.

Tingkatan Jumlah Hadir Peratus
5 Alfa 27 26 96.30
5 Beta 26 19 73.08
5 Gamma 34 31 91.18
5 Omega 34 19 55.88
Jumlah 121 95 78.51

Seluruh warga SMKIS berasa amat simpati kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk mengikuti program ini. Semoga mereka semua diberi kemaafan oleh para guru yang mengajar mereka dan juga rakan-rakan sekelas mereka. Sama-samalah kita hulurkan bantuan ilmu kepada mereka agar dapat sama-sama beroleh kejayaan dalam peperiksaan SPM tahun ini. Berikut ini ialah senarai mereka yang memerlukan simpati dan bantuan ilmu :-

1 Mohd Zakirin bin Hamli 5 Alfa
2 Chang Yan Ting 5 Beta
3 Gwi Zi Chuen 5 Beta
4 Kanchana a/p Tanggaiya 5 Beta
5 Nur Fadilah bt Abd Razak 5 Beta
6 Oon Fui Peng 5 Beta
7 Siti Suhailah bt Mohd Sharif 5 Beta
8 Wong Suk Shen 5 Beta
9 Loh Pei Yee 5 Gamma
10 Siti Fadzliyana bt Ayob 5 Gamma
11 Yong Chiu Yean 5 Gamma
12 Abu Naim bin Abd Aziz 5 Omega
13 Ahmad Kabir bin Mohd Jasad 5 Omega
14 Ahmad Muzhaffar bin Jeffri 5 Omega
15 Aidil Azlan bin Rosmani 5 Omega
16 Musa bin Alias 5 Omega
17 Muzammil Shah bin Abd Razak 5 Omega
18 Mastura bte Abdul Aziz 5 Omega
19 Normastura binti Daud 5 Omega
20 Nur Athirah binti Shahrudin 5 Omega
21 Nur Diyana binti Din Arif 5 Omega
22 Nurul Wafa binti Mat Husin 5 Omega
23 Ranjeta a/p M. Rajendran 5 Omega
24 Siti Hajar binti Mohd Zaini 5 Omega
25 Tan Wan Ting 5 Omega
26 Thivashiny a/p Kanagasapai 5 Omega

Kepada seluruh Jawatankuasa Kerja iaitu En. Helmi bin Adlan, En Khairul Nazri bin Taha, Pn. Norlaila bt Nordin, Cik Nooradilah bt Abu, Cik Siti Norba'ayah bt Ayup, Pn. Noraneszah bt Abas, Cik Siti Fadhlina bt Abdullah dan Cik Suhaili bt Husin, yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.