Tuesday 1 November 2011

75% hadir taklimat pakej T4 2012



Tahniah kepada semua pelajar T3 yang hadir untuk taklimat pakej T4 Tahun 2012 hari ini.
Tiga pakej ditawarkan untuk pelajar T4 tahun depan iaitu:

1. Pakej Sains Tulen - 4 Alfa, 4 Beta, 4 Gamma dan 4 Omega
2. Pakej Sastera Ikhtisas - 4 Amanah dan 4 Bestari
3. Pakej Sastera Kemanusiaan dan Vokasional - 4 Cemerlang

Matapelajaran elektif yang ditawarkan untuk pakej Sains Tulen ialah:-
1. Matematik Tambahan
2. Biologi
3. Fizik
4. Kimia

Matapelajaran elektif yang ditawarkan untuk pakej Sastera Ikhtisas ialah:-
1. Matematik Tambahan
2. Prinsip Akaun
3. Ekonomi Asas

Matapelajaran elektif yang ditawarkan untuk pakej Sastera Kemanusiaan ialah:-
1. ICT
2. Perdagangan
3. Pendidikan Seni Visual

Matapelajaran elektif yang ditawarkan untuk pakej Vokasional ialah:-
1. Perdagangan
2. Katering dan Penyajian Makanan

Pelajar telahpun diagihkan kepada Kelas Tingkatan 4 bagi tahun 2012 berdasarkan Keputusan Peperiksaan Percubaan. Apabila sesi persekolahan 2012 bermula, pelajar boleh terus mengikuti P&P mengikut jadual.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.