Thursday 3 November 2011

Program untuk Pelajar Pintar Cerdas!!!

Antara program yang disediakan untuk kumpulan pelajar pintar cerdas ini ialah:-


1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar 9-15 tahun)
2. PERMATA Insan yang dikendalikan oleh USIM (untuk pelajar Islam berusia 8 tahun)
3. Program Pendidikan PERMATApintar iaitu akademi khas pintar cerdas (untuk pelajar lepasan tingkatan 3)
4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) (untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)


Ujian saringan secara online dibuka mulai 1 Februari hingga 30 April setiap tahun - Ujian PERMATApintar UKM1 boleh dicapai di http://ukm1.permatapintar.edu.my

Keputusan boleh diketahui mulai 1 Jun

Jika layak akan menduduki ujian saringan seterusnya iaitu ujian PERMATApintar UKM2 yangbermula pada 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Yang berjaya akan diumumkan mulai 15 September.

Jika anda rasa anda pintar cerdas, rebutlah peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Ketua Unit Pencarian & Pengurusan Bakat,
Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8921 7503/ 7509/ 7512
Tel bimbit : 019-3296814
Fax: 03-8921 7525

Laman sesawang: www.permatapintar.edu.my
e-mail: permatapintar@ukm.my

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.