Tuesday 8 November 2011

Rancanglah Cuti Anda

Cuti Akhir Tahun 2011 akan bermula 19 Nov ini. Sudahkah anda merancang masa cuti anda? Sudahkah anda berbincang dengan ibubapa untuk melancong ke mana-mana? Jadikan cuti kali sangat bermakna dan tidak sia-sia. Jadikan cuti kali sangat seronok dan anda benar-benar gembira bercuti. Cuti yang seronok dan menggembirakan tentunya memerlukan masa untuk difikirkan dan dibuat perancangan. Perancangan yang baik tentunya menghasilkan sesuatu yang hebat.

Anda mempunyai 46 hari untuk bercuti. Guru-guru setiap panitia telahpun menyediakan PCT (Program Cuti Terancang) untuk anda. Bahagikan masa dengan bijak. Pilihan di tangan anda. Jika anda memilih untuk gembira melakukannya, maka cuti anda akan sangat gembira. Jika anda memilih untuk rasa terpaksa dan tidak seronok, maka perasaan pilihan anda itulah yang akan menghantui anda sepanjang cuti. Waktu pagi mungkin waktu untuk anda membantu keluarga dalam mengemas rumah dan sebagainya. Waktu petang pula untuk diri anda sepenuhnya. Jadi waktu malamlah anda luangkan masa untuk membuat latihan-latihan PCT yang telah guru-guru anda sediakan.

Sekalipun anda bercuti ke luar negara, anda masih boleh membuat capaian Portal Sekolah di http://smkiskandarshah.co.cc untuk melaksanakan tugasan yang telah dibekalkan. Setiap kali anda berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan, masukkan ke dalam fail khas yang boleh anda serahkan pada guru anda bila sekolah dibuka semula nanti. Anda juga boleh membuat latihan dalam blog anda sendiri, kemudian boleh dicetak bila perlu nanti. Pilihan di tangan anda. Fikirkan bagaimana melaksanakannya dengan baik. Contoh Jadual di bawah adalah untuk pelajar T1 dan T2 tahun 2011 yang akan naik ke T2 dan T3 tahun 2012 nanti. Sesuaikanlah dengan masa yang anda rasa paling selesa untuk melaksakannya.

Bercutilah dan rasakan keseronokan bercuti dengan pelbagai aktiviti yang anda gemari, selagi aktiviti tersebut tidak mudharat dan bukan maksiat. Bercutilah dengan penuh riang, namun jangan jadikan cuti kali ini titik hitam yang merosakkan akhlak anda. Pilihlah aktiviti yang akan menjadikan anda manusia sihat dan siuman. Segala program atau aktiviti yang bakal anda buat menjadikan anda lebih baik dari semalam, lebih hebat dari semalam, lebih bijak dari semalam, lebih matang dari semalam, lebih berkemahiran dari semalam, dan anda akan rasakan perubahan diri anda yang semakin cemerlang kerana yang pasti anda bukan semakin menjadi kanak-kanak semula, tapi semakin meningkat remaja.

Selamat Bercuti dan Bergembira!!!

  Tarikh  Hari  8-10 pm       
19-Nov-11 Saturday
20-Nov-11 Sunday
21-Nov-11 Monday PCT-BM
22-Nov-11 Tuesday sda
23-Nov-11 Wednesday sda
24-Nov-11 Thursday PCT-BI 
25-Nov-11 Friday sda
26-Nov-11 Saturday
27-Nov-11 Sunday
28-Nov-11 Monday PCT-MM 
29-Nov-11 Tuesday sda
30-Nov-11 Wednesday sda
01-Dec-11 Thursday PCT-BI
02-Dec-11 Friday sda
03-Dec-11 Saturday
04-Dec-11 Sunday
05-Dec-11 Monday PCT-SN
06-Dec-11 Tuesday sda
07-Dec-11 Wednesday sda
08-Dec-11 Thursday PCT-BI
09-Dec-11 Friday sda
10-Dec-11 Saturday
11-Dec-11 Sunday
12-Dec-11 Monday PCT-PI
13-Dec-11 Tuesday sda
14-Dec-11 Wednesday sda
15-Dec-11 Thursday PCT-BI
16-Dec-11 Friday sda
17-Dec-11 Saturday
18-Dec-11 Sunday
19-Dec-11 Monday PCT-SEJ
20-Dec-11 Tuesday sda
21-Dec-11 Wednesday sda
22-Dec-11 Thursday PCT-BI
23-Dec-11 Friday sda
24-Dec-11 Saturday
25-Dec-11 Sunday
26-Dec-11 Monday PCT-GEO
27-Dec-11 Tuesday sda
28-Dec-11 Wednesday sda
29-Dec-11 Thursday PCT-KH
30-Dec-11 Friday sda
31-Dec-11 Saturday sda
01-Jan-12 Sunday
02-Jan-12 Monday PCT-BI
03-Jan-12 Tuesday sda

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.