Monday 21 November 2011

Apakah bidang yang anda minati selepas SPM?

Untuk pelajar lepasan SPM yang berminat bidang teknikal dan kemahiran sila baca dan fahami maklumat dalam Pekeliling TEVT ILKA yang dikeluarkan oleh KPT ini. Ada 51 muka surat semuanya. Jadi pastikan baca semua perlahan-lahan kerana anda punya banyak masa sehingga keputusan SPM dikeluarkan. Ambil peluang baca dan fahamkan sebelum anda memilih kursus nanti.

Untuk pelajar lepasan SPM yang berminat program Asasi dan Diploma iaitu selain dari bidang teknikal vokasional dan kemahiran sila baca dan fahami maklumat dalam Pekeliling SPM yang dikeluarkan oleh KPT ini. Ada 48 muka surat semuanya, jadi baca dan fahamkan satu persatu. Jangan tergopoh-gopoh, anda mempunyai masa yang cukup panjang untuk membaca dan memahaminya sebelum keputusan SPM dikeluarkan. Pastikan anda membuat pilihan yang selaras dengan kebolehan dan pencapaian anda.

2 comments:

  1. msti laa nk terus smbung dari ape yg amek kt mpv tuu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Tahniah mira, dah ada matlamat la tu. Sambung hingga dapat Ijazah ye!!! Selamat Berjaya

    ReplyDelete

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.