Wednesday 21 December 2011

Debaran Menanti Keputusan PMR 2011.

Putera & Puteri SMKIS yang telah menduduki peperiksaan PMR tahun ni. Jangan lupa esok datang sekolah pukul 11.30 pagi. Berkumpul di Dewan. Akan diadakan Majlis Penyampaian Slip Keputusan PMR di pentas. Jadi pakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Kalau sudah ketat, pergilah beli baru.

Pray for the best!!!!

Namun beritahu minda jika tak tercapai apa yang dihajati is OK. Tak perlulah sampai bunuh diri. Setakat menangis tu, adatlah. Masa depan masih luas terbentang untuk anda terokai dan lalui dengan azam baru yang berkobar2. It's not the end of the world!!!

Pada papan kenyataan peperiksaan dan kantin sekolah telahpun ditampal kelas T4 anda tahun depan. Jadi rujuk dan lihat. Kalau anda hendak tukar pakej, sila buat keputusan dengan kadar yang segera. Jangan tunggu hingga sekolah dibuka, kerana P&P akan bermula pada 4 Januari 2012 itu nanti.

Untuk makluman anak-anak pelajar semua, SMKIS menawarkan 4 pakej ia itu:-
1. Pakej Sains Tulen (4 Alfa, 4 Beta, 4 Gamma, 4 Omega) dengan pilihan matapelajaran elektif ialah Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.
2. Pakej Sastera Ikhtisas (4 Amanah dan 4 Bestari) dengan pilihan matapelajaran elektif ialah Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan.
3. Pakej Sastera Kemanusiaan+IT (4 Cemerlang) dengan pilihan matapelajaran elektif ialah Pendidikan Seni Visual, IT dan Perdagangan.
4. Pakej Vokasional (4 Cemerlang) dengan pilihan matapelajaran elektif iaitu Katering dan Penyajian serta Perdagangan.

Permohonan yang dilayan hanya untuk menukar pakej, bukan tukar kelas ya. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.