Tuesday 3 January 2012

Selamat Kembali ke Sekolah!!!

Anak-anak, putera dan puteri SMKIS sekalian,


Alhamdulillah cuti akhir tahun 2011 sudahpun tamat, dan kita akan menghadapi sesi persekolahan tahun 2012. Cikgu cukup yakin dan percaya anda semua tidak sabar-sabar untuk kembali ke sekolah. Tahniah pada mereka yang sudah bersedia mindanya. Kelas mana ditempatkan, sudahpun diketahui, jadual kelas juga sudah  diketahui, jadi buatlah persediaan yang rapi dengan penuh semangat. 


Bawalah segala keperluan yang membolehkan anda mula belajar pada hari pertama. Beritahu minda anda bahawa anda memang bersedia untuk memulakan persekolahan. Anda perlu yakinkan diri anda bahawa anda sangat positif dan bersedia untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. 


Kalau ada orang kata "hai... rajinnya!!!... hari pertama dah bawa buku banyak, relax la, baru hari pertama." Maka jawablah dengan penuh yakin dan tanpa malu, "Terimakasih, memang saya rajin... saya berazam untuk jadi lebih baik dari semalam, tolonglah doakan saya ya!!" dan jangan lupa senyum.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.