Monday 5 March 2012

Syarat Permohonan Ke Matrikulasi KPM Mulai Sesi 2013/2014

Surat bertarikh 19 Januari 2012/25 Safar 1433 dari Bahagian Matrikualsi, KPM dengan Nombor Rujukan KP (BM) 05/005/001 Jld 13 (36) adalah dirujuk. Surat bertarikh 5 Julai 2011 [KP(BM)05/005/001 Jld. 11 (35) adalah dibatalkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hasyidan bin Mohd Hussain di talian 03-8884 4031 /4036 / 4040.

Syarat Am:-
i.   Warganegara Malaysia
ii.  Berumur tidak lebih 20 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
iii. Calon SPM tahun semasa

iv.  Daftar pakej mata pelajaran semasa peperiksaan SPM seperti berikut:-

Jurusan/Aliran Sains:- (Syarat Minimum)
1. Bahasa Melayu (C)
2. Bahasa Inggeris (C)
3. Matematik*** (B)
4. Matematik Tambahan*** (C)
5. Kimia*** (C)
6. Fizik atau Biologi [Pilihan Fizik atau Biologi]***(C)

***Mata pelajaran untuk kiraan merit Jurusan Sains.

Jurusan /Aliran Perakaunan:- (Syarat Minimum)
1. Bahasa Melayu (C)
2. Bahasa Inggeris (C)
3. Matematik(C)
4. Matematik Tambahan(E)
5. dan man-mana Dua (2) dari mata pelajaran berikut:-
i. Prinsip Perakaunan
ii. Ekonomi Asas
iii. Perdagangan
iv. Kimia
v. Fizik
vi. Biologi
vii. Sains
viii. Sains Tambahan
ix. Pengajian Keusahawanan
x. Mata Pelajaran Teknik (PKA/PKE/PKM/TK/LK)- satu (1)  sahaja

Kiraan Merit untuk Jurusan Perakaunan ialah Matematik dan Tiga (3) daripada mata pelajaran berlabel (i hingga x) di atas.

 



No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.