Friday 6 April 2012

Inventori Personaliti Untuk Calon Pengawas

Khamis 5 April , 51 orang calon Pengawas SMKIS sesi 2012 telah menghadiri sesi menjawab inventori personaliti (IPS). Tujuan inventori ini untuk memilih pelajar yang benar-benar ada ciri-ciri personaliti seorang pemimpin. Apa yang paling penting ialah kejujuran terhadap diri sendiri. Bila seseorang itu jujur terhadap dirinya sendiri, sudah tentulah dia akan bersikap jujur juga bila diberi tugas dan tanggung jawab sebagai pengawas nanti.

Ciri yang seterunyanya yang perlu ada pada seseorang pemimpin ialah berani dan tegas serta sentiasa mempunyai sikap membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Seorang pemimpin juga perlu bijaksana dalam membuat keputusan.......

Tahniah kepada yang bakal terpilih menjadi Pengawas nanti....jika anda tidak terpilih, bukan bermakna anda tidak hebat, cuma anda lebih berkebolehan dalam bidang yang lain. Jika anda terpilih, jangan terus rasa riak dan bangga diri, tingkatkan ilmu dan jadilah Pengawas yang BAIK.......

Sebahagian dari calon pengawas yang hadir untuk  Inventori Personaliti Sidek (IPS)


Ujian personaliti ini diadakan di Bilik Tayang SMKIS dari jam 3 hingga 4 petang. Turut hadir ialah Guru Pengawas, Pn. Zamrah binti Pai dan dua orang Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Cik Siti Masayu binti Mazlan dan Pn. Hjh. Normah binti Abdullah. Tahniah dan terima kasih kepada semua calon pengawas yang telah memberikan kerjasama menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.