Tuesday 24 April 2012

Program Kerjaya - "Employability"

Ceramah "Azam Kerja 1 Malaysia"

Sabtu, 21 April 2012 - 41 orang pelajar Tingkatan 4 Empat ke SM Teknik Melaka Tengah untuk Program Employablity anjuran Jobsmalaysia Centre, Jabatan Tenaga Kerja Melaka. Program dipenuhi dengan ceramah dan juga pameran serta temuduga kerja untuk mereka yang sudah tamat belajar. Ceramah yang paling mengesankan ialah perkongsian oleh Pn. Maznah , Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd. Para peserta didedahkan tentang selok belok seorang ahli perniagaan atau Tips Menjadi Usahawan Berjaya. Menurut Pn. Maznah sikap yang positf dan disiplin diri yang tinggi adalah sangat penting untuk menjadi usahawan berjaya.
Antara pelajar 4 Omega yang turut serta, tahniah!!!

Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 Amanah, 4 Omega dan juga 10 orang pelajar asrama yang menyertai program ini.
Antara pelajar 4 Amanah yang hadir, tahniah!!!


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.