Saturday 5 May 2012

PENGENALAN STPM BAHARU

STPM BAHARU
  • Apakah perbezaan antara peperiksaan STPM yang sedia ada dengan peperiksaan STPM yang baharu?
  Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga penggal (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung penggal ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal.
  Apakah ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini?
  Ciri baharu dalam sukatan pelajaran STPM ini ialah
  1. jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal
  2. bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  3. hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  4. calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.
Apakah ciri baharu peperiksaan STPM ini?
Ciri baharu peperiksaan STPM ini ialah
  1. peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal
  2. pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan PBS
  3. calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan
Bilakah peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan?
  Peperiksaan STPM yang baharu akan dilaksanakan pada tahun 2012.

  
PEMILIHAN MATAPELAJARAN

Berapakah jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon?
 STPM baharu juga merupakan sijil terbuka. Calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran, tertakluk kepada sekatan mata pelajaran tertentu. Bilangan maksimum mata pelajaran yang boleh diambil ialah lima, termasuk Pengajian Am. Untuk tujuan kemasukan ke IPTA, keputusan yang terbaik bagi empat mata pelajaran akan diambil kira termasuk Pengajian Am.

  Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM yang baharu?
  Bil.   Kod    Mata Pelajaran
  1. 900   Pengajian Am   (wajib ambil)
  2. 910   Bahasa Melayu (ditawarkan di SMKIS)
  3. 911   Bahasa Cina
  4. 912   Bahasa Tamil
  5. 913   Bahasa Arab
  6. 920   Literature in English
  7. 922  Kesusasteraan Melayu Komunikatif (ditawarkan di SMKIS)
  8. 930   Syariah
  9. 931   Usuluddin
  10. 940   Sejarah  (ditawarkan di SMKIS)
  11. 942   Geografi
  12. 944   Ekonomi  (ditawarkan di SMKIS)
  13. 946   Pengajian Perniagaan
  14. 948   Perakaunan
  15. 950   Mathematics (M)
  16. 954   Mathematics (T)
  17. 956   Further Mathematics
  18. 958   Information and Communications Technology
  19. 960   Physics
  20. 962   Chemistry
  21. 964   Biology
  22. 4966   Sains Sukan
  23. 970   Seni Visual

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.