Sunday, 10 June 2012

Wahai gadisku, peliharalah kesucianmu.

Bertudung Dari Sudut Pandangan Tawakkul Karman - Genius

Tawakkul Karman ..
Siapakah gerangan beliau ?
Beliau merupakan pemenang Anugerah Nobel Bagi Keamanan
Beliau juga digelar Ibu Revolusi Yaman
Bukan calang calang orang

Ketika ditanya oleh wartawan tentang pemakaian tudung kepala yang dipakai sehari hari oleh beliau dan betapa pemakaian tudung tidak sesuai dengan tahap intelektual dan taraf pendidikan beliau, inilah jawapan beliau,


"Manusia di zaman awal peradaban hampir telanjang, seiring dengan pencapaian ilmu dan tamaddun manusia, mereka mula mengenakan pakaian. Makin lama makin banyak untuk menutupi tubuh badan mereka. Apa yang saya pakai hari ini melambangkan pencapaian tertinggi peradaban manusia dan ianya bukan satu langkah kebelakang. Malah, manusia yang mula meninggalkan pakaianlah orang yang ingin mundur dan kembali ke zaman purba."

Bernas, Tepat dan padat
Itu kata kata orang yang bijak pandai
intelektualnya mencapai tahap yang tinggi.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.