Thursday 12 July 2012

Permohonan Ke Matrikulasi 2013/2014

Semua pelajar T5 SMKIS tahun ini, yang berminat untuk mengikuti "fast track" ke Universiti, mohonlah!!! 
Pastikan anda telah mendaftar SPM 2012 dalam aliran Sains Tulen atau Perakaunan beserta Matematik Tambahan. Jangan bimbang tentang keputusan anda sekarang jika agak tidak memberansangkan. Belum terlambat untuk anda berusaha dengan bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan hasil usaha dalam masa tiga bulan lagi ini, tidak mustahil anda boleh memenuhi syarat yang diperlukan. Apa yang penting ialah anda sentiasa POSITIF tentang diri anda sendiri. Buang jauh-jauh semua pemikiran NEGATIF. Apa yang anda fikir tentang diri anda, adalah 100% BETUL. Tarikh tutup permohonan ialah 10 Oktober 2012. Masih cukup masa untuk menabung sebanyak RM6.00 agar dapat membeli No PIN di BSN.

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau untuk memohon sila layari laman sesawang KPM atau klik di SINI

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.