Friday 14 December 2012

Tahniah!!!!....Selesai sudah....


Tahniah kepada semua putera dan puteri smkis yang telahpun selesai menjalani peperiksaan SPM dan juga STPM 2012. Berdoalah agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Masa yang terluang isikanlah dengan sesuatu yang sangat bermanafaat dan menguntungkan diri anda sendiri. Terlalu banyak dan luas lagi ilmu Allah di muka bumi ini. Teruskanlah pencariannya. Banyak lagi cabaran yang perlu anda hadapi untuk hidup dengan sejahtera dan bahagia kelak. Banyak lagi yang perlu anda ketahui demi menjadi warga bumi yang hebat dan berjaya. Jangan jemu menerokanya.

Inilah masanya untuk anda lengkapkan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna. Perlu peka dengan semua peluang yang disediakan di sekeliling anda. Rebutlah sebanyak peluang yang ada. Mata perlu dibuka seluas-luasnya untuk melihat apa saja peluang yang ada. Telinga, gunakanlah untuk mendengar apa saja yang makluman dan siaran yang berupa peluang kejayaan. Tangan, gunakanlah untuk menyelak makluman di dada akhbar mahupun di mana-mana laman sesawang yang berguna. Kaki, langkahkanlah ke tempat-tempat yang menjanjikan peluang dan ruang untuk kejayaan. Hidung, gunakanlah untuk menghidu wangian kecemerlangan. Jari, gunakanlah untuk menulis, menaip resume diri yang hebat. Gunakanlah semua deria anda untuk menjamin kecemerlangan dan kehebatan diri anda pada masa hapadan. Peluang masa terluang tidak datang berkali-kali. Selamat meneruskan perjuangan hidup sebenar.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.