Friday 11 January 2013

Kepada pelajar tingkatan 4 SMKIS yang memohon kolej vokasional: Sila ambil perhatian



Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:

Tarikh Semakan Vokasional 2013 : 11 Januari 2013
Hari : Jumaat
Masa : Bermula 8 malam

LINK Semakan Kolej Vokasional 2013 Tingkatan 4 :

Semakan vokasional 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
Laman web untuk semakan vokasional 2013 adalah di sini:

http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

Dan dalam pada masa yang sama, para pelajar yang berjaya diterima akan menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran ke Kolej Vokasional

Andaikata anda ada sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kolej Vokasional, anda boleh cuba hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Rayuan Permohonan ke Kolej Vokasional Tingkatan 4

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan permohonan ke Kolej Vokasional
Rayuan permohonan Kolej Vokasional boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional yang berkenaan.
Keputusan rayuan Kolej Vokasional 2013 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.


http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Iskandar Shah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.